Riwayat Abu Hayyan al-Andalusy


Kali ini, SQ - BLOG berbagi lagi sekilas satu sosok ahli tafsir yang punya andil besar dalam sejarah Islam, yaitu Abu Hayyan. Beliau tiada lain penulis Tafsir Bahr al-Muhit yang merupakan salah satu kitab tasir bercorak bi al-Ra'yi. Mengenai karakteristik tafsir ini, admin akan posing di lain waktu.

A. Siapakah Abu Hayyan al-Andalusy

Abu Hayyan merupakan salah satu ahli tafsir terkemuka. Nama lengkapnya adalah Muhammad bin Yusuf bin Ali bin Yusof bin Hayyan al-Nafzi al-Andalusi al-Jayani al-Gharnati al-Mughrabi al-Maliki dan kemudiannya Syafi’e. Dikatakan al-Nafzi dinisbahkan kepada Nafzah sebagaimana yang dikatakan oleh Yakut didalam kitabnya Mu’jam al-Buldan: “Nafzah merujuk kepada Bandar di timur Andalusia”.Gelarannya disebut dengan Abi Hayyan dan gelaran inilah yang mashyur dikalangan ahli ilmu yang terdahulu dan masa kini. Beliau dilahirkan di Bandar al-Gharnatah pada tahun 1654.[1]

Abu Hayyan dibesarkan di persekitaran yang mana disekelilingnya penuh dengan. Abu Hayyan ini dilahirkan dalam bai’ah keilmuan yang menjadikan pemikirannya matang dengan semangat keilmuan yang tinngi. Beliau juga sentiasa mengikuti halaqah-halaqah bersama imam-imam.Makabertambahlah wawasan keilmuannya dan kefahamannya khususnya dalam bidang fiqh, hadis, tafsir, bahasa dan sastra dan banyak lagi dari cabang-cabang ilmu.[2] Isterinya bernama Zamridah binti Abrak dan Abu Hayyan memanggilnya juga dengan Al-Abruhuki, isterinya wafat pada bulan rabiulakhir pada tahun 1736. Anak-anaknya berjumlah 2 orang dan bernama Nadhor atau lebih dikenali dengan nama Ummu al-Izzu, dan Hayyan. Cucunya seorang saja yaitu bernama Muhammad bin Hayyan bin Abi Hayyan.[3]

B. Nama-nama Syaikhnya

Adapu nama-nama Syah tempat Abu Hayyan bertalaqqi, ialah :[4]
  1. Ahmad bin Ibrahim bin Zubair bin Hassan bin Hussin al-Thaqafi (Nahwu, Usul, Sastra dan Qiraat).
  2. Hassan bin Abdul Aziz Imam Abu Ali (Hadis, Sastra danQiraat).
  3. Ali bin Muhammad bin Abdul Rahim al-Khasni al-Abizi Abu Hassan (Bahasa Arab, Nahwu dan juga bertallaqi kitab Sibaweh dengannya).
  4. Muhammad bin Ali bin Yusof al-Alammah Radhiauddin Abu Abdullah al-Ansori al-Syatibi (pakar dalam Isnad dalam Quran).
  5. Muhammad bin Ibrahim bin Muhammad bin Abi Nashr Imam Abu Abdullah Bahauddin (Ilmu komunikasi, Perdebatan).
  6. Muhammad bin Mustafa bin Zakaria bin Khawajan bin Hassan (pakar dalam bahasa Arab, Turki dan Farsi).
  7. Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Isa bin Iyash.
  8. Ahmad bin Yusof bin Ali al-Fahri.
  9. Abdul Haq bin Ali bin Abdullah bin Malik Abu Muhammad(pakar dalam kitab-kitab, Abu Hayyan telah mempelajari 7 kitab Nahwu darinya).
  10. Yasir bin Abdullah bin Muhammad bin Khalaf bin al-Yasir bin Muhammad bin Abdullah bin Marwan (Qiraat).
Sebenarnya banyak lagi syekh-syekh beliau yang kesemuanya berjumlah 15 orang syekh dan 10 orang syekh diatas adalah yang paling mashur.

C. Perjalanan Abu Hayyan Menuntut Ilmu

Abu Hayyan telah meninggalkan Andalus pada tahun 1677 untuk menuntut ilmu dan tidak tahu haluan tempat menetap yang hendak dituju bahkan pergi ke satu bandar ke satu bandar untuk mencari ulama-ulama. Disana beliau berjumpa dengan al-Allamah al-Redha dan bertallaqi mengenai nasihat.

Seterusnya beliau ke Syam, disana beliau bertallaqi dengan ahli Mesir dan Syam disana beliau bersoal jawab mengenai masalah-masalah tertentu. Seterusnya beliau ke Sudan dan bertemu dengan seseorang bernama Yunus dan belajar ilmu dengannya.Seterusnya beliau pergi ke Iskandariah dan bertallaqi dengan Abdul al-Nasir bin Ali al-Maryuti dalam bidang qiraat. Rihlah terakhir beliau berhenti di Mesir dan berehat di sana dan disanalah beliau banyak mendapat ilmu daripada para ulama-ulama.[5]

D. Kitab-kitab Karangan Abu Hayyan

Adapun kitab-kitab karangan Abu Hayyan diantaranya :[6]

a. Bidang Tafsir 
  • Bahrul Muhit, dan
  • Nahrul Mad. 
b. Bidang Qiraat 
  • Aqdu al-Lali fi Qiraat al-Sab’I al-Awali,
  • Al-Khalil Khaliah fi Isnad Qiraat al-Aliah,
  • Taqrib al-Na’I fi Qiraat al-Kisa’i. 
Dan banyak lagi, terdapat 11 kitab kesemuanya dalam bidang qiraat. 

c. Bidang Fiqh 
  • Al-Wahaj fi Ikhtisar al-Minhaj,
  • Al-Anwar al-Ajali fi Ikhtisar al-Mahla,
  • Masail al-Rasyid fi Tajrid Masail Nihayah Ibn Rasd, tetapi tidak sempat selesai kitabnya, dan
  • Al-i’lam bi Arkan Islam. 
d. Bidang Bahasa
  • Itihaf al-Arib bima fi al-Quran,
  • Irtidha’ fil Farqu baina Dhad wa zho’,
  • Al-Idra’ al-Lisan. 
Banyak lagi kitab-kitabnya dalam bidang ini semuanya berjumlah 8 buah kitab. 

e. Bidang Nahwu 
  • Al-Tazkirah,
  • Al-Syazan fi Masailah Kaza,
  • Al-Syazarah, dan
  • Ghoyah al-Ihsan fi Ilmu Lisan.

ENDNOTE



[1] Abdul Hamid al-Bilaly, al-Mukhtashar al-Mashun min Kitab al-Tafsir wa al-Mufashirun, (Kuwait: Daar al-Dakwah, 1405) Hal. 8
[2] Ibid.
[3] Ibid.
[4] Ibid.
[5] Abdul Hamid al-Bilaly, al-Mukhtashar al-Mashun min Kitab al-Tafsir wa al-Mufashirun, (Kuwait: Daar al-Dakwah, 1405) Hal. 16
[6] Abdul Hamid al-Bilaly, al-Mukhtashar al-Mashun min Kitab al-Tafsir wa al-Mufashirun, (Kuwait: Daar al-Dakwah, 1405) Hal. 25
Label:

Posting Komentar

[facebook][blogger]

Author Name

Abdul Somad

{picture#https://4.bp.blogspot.com/-JomNWnKTeaA/WgsRFWh_ALI/AAAAAAAAG7E/1Rzp6Wg6VUofCBa-ebIp5hwoVc3sUt2RgCLcBGAs/s640/Spoiler%2B2%2Bbahasa%2Buntuk%2Bblogger.jpg} Do not give up just because it failed at the first opportunity, Something precious you will not have it easily. Keep trying! {facebook#https://www.facebook.com/somadabdul8708} {twitter#http://twitter.com} {google#http://google.com} {youtube#http://youtube.com} {instagram#http://instagram.com}

Formulir Kontak

Nama

Email *

Pesan *

Diberdayakan oleh Blogger.